Terlalu banyak sekarang ini peluang untuk memulakan bisnes. Beratus ribu produk yang menyediakan peluang untuk menjadi dropship atau agent. Tetapi ramai yang tersilap memilih bisnes dropship yang mana akhirnya hanya separuh jalan atau langsung tak nampak hasil. Iklan-iklan dropship yang menjanjikan 4 hingga 5 angka membuatkan kita kabur untuk memilih produk mana yang boleh dijadikan part time bisnes.

Bagaimana untuk pilih team dan produk DROPSHIP BERKUALITI supaya kita dapat jana pendapatan setiap bulan?

7 TIP PILIH BISNES DROPSHIP 

1. Minat

Untuk bertahan lama dengan sesuatu bisnes, minat adalah paling utama. Tanpa minat susah nak sustain bisnes. Ada 2 minat yang perlu anda ada iaitu minat bisnes dan minat produk yang anda akan jual. Tak perlu saya ulas lanjut tentang minat bisnes kerana tentunya korang sudah berminat, jika tidak anda tidak akan berada di blog ini.

Minat produk. Contoh minat bidang kecantikan, lagi mudah untuk korang jual sebab dah ada pengetahuan serba sedikit dalam bidang tersebut. Kalau tak tahu pun, disebabkan minat sangat dengan kecantikan, korang akan suka cari info2 berkaitan kecantikan. Bila tahu banyak, kita pun senang nak explain kat customer. Betul?

2. Market

Minat sahaja tak cukup. Korang kena kaji market dulu. Bukan ada produk baru korang cari market. Cari produk yang mempunyai USP iaitu unik. Orang susah nak tiru. Demand tinggi.

Jangan cari produk yang dah tepu, terlalu ramai dan mudah sangat nak jadi dropship. Kebiasaanya berlaku pada produk yang bagi free join dropship. Boleh je jual tapi persaingan sangat tinggi lama2 takut korang penat sendiri

Lagi satu, dropship yang ada yuran menjadikan produk tersebut ‘exclusive’ sebab tak semua orang boleh jadi dropship. Demand tinggi Supply Kurang.

3. Margin

Ini sangat penting sebab kalau silap pilih ibarat korang buat ‘amal jariah’ dekat founder

Berapa margin yang bagus untuk dropship? Bagi saya untuk dropship yang tak perlu simpan stok tak perlu pos barang paling minimum RM10. TETAPI jika produk harga rendah dari RM10 korang boleh main dengan kuantiti. Kena kreatif contoh buat pakej atau combo supaya margin keuntungan tinggi. Bawah RM5 tak payah lah. Baik korang pegi masjid sedekah dapat pahala.

4. Mentor

Sebenarnya point no 4 ni tak penting pun kalau korang tak kisah Langgar Dinding. Kalau nak ikut track yang betul carilah mentor yang betul2 kena dengan jiwa korang. Bersepah sekarang ni tapi cari lah yang betul ingin pimpin dan bantu kita. Bukan yang tau push buat sale je tapi tak ajar cara buat sale, simpan sorang2. Atau sebenarnya, dia acah2 sifu je

Tugas mentor ni nak guide supaya korang kurang buat salah dan ajar strategi proven untuk buat sale. Suluh lubang mana untuk buat jualan. Support bagus. Bukan yang whatsapps tanye testimoni 2 hari baru reply

5. Modal

Saya nasihatkan jangan bermula dengan modal yang besar. Bawah RM100 ok. Kalau beli produk dulu lagi bagus supaya kita dapat feel, rasa dulu sebelum jual. Kita lebih yakin untuk bercerita tentang produk sebab kita dapat sendiri Customer Experience

Kalau korang ada duit banyak sekalipun please, jangan labur dulu. Join dulu dropship bila dah nampak hasil jualan 3 bulan secara konsisten, nampak cahaya dihujung terowong baru korang upgrade jadi superdropship, agent atau stokis

6. Material

Join dropship ni kita nak santai2. Tak nak lah sampai gambar pun kena sediakan sendiri. Maklumat tentang produk pun nak kena cari sendiri. Korang bukan ada masa sangat nak kaji semua bende ingredient, halal jakim, kkm ke jadah semua tu dalam minyak yang korang nak jual kan?

So cari produk yang HQ dah sediakan material seperti info produk, gambar grafik cun bukan snap dengan handphone cap ayam, ada flyers, ebook, testimoni dsb. Korang boleh je tanya detail dulu agent sebelom join. Lagi best yang boleh sediakan draft copywriting, tinggal nak adjust je

7. Motivasi 
Setiap orang ada jalan cerita tersendiri. Masalah dan halangan tu biasa. Perlu untuk ada support group yang kuat supaya kita tak sempat nak givap.

Biasalah jadi dropship ni kejap down kejap up. Sale sendu melayan perasaan 4 jumaat tak habis lagi. Reward untuk team adalah salah satu cara nak bagi kita sentiasa bersemangat dan bersaing secara sihat dengan team. Team yang best, sama2 bantu menentukan sejauh mana kita boleh grow dalam bisnes

Jadilah dropship yang bijak!

 

Admin, Mentor Bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *