Semua wanita mengidamkan untuk bekerja sambil melihat anak membesar di depan mata atau “Work At Home Mom” (WAHM) . Namun ramai yang menyesal kerana membuat keputusan untuk berhenti kerja secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kesusahan yang bakal mereka tempuhi nanti.

5  PERSEDIAN SEBELUM MENJADI WAHM

1. RESTU

Dapatkan restu suami dan ibu bapa. Penting kerana merekalah tulang belakang kita waktu susah dan senang. Apa yang kita usahakan jadi mudah. Suami akan faham dimana bila bekerja dari rumah, isteri mungkin perlu masa sendiri untuk tambah stock, update facebook, reply whatsapps, pos barang dan sebagainya. Sebaiknya berbincang terlebih dahulu sebelum berlaku apa2 perselisihan faham kemudian hari.

2. SIMPANAN

Mempunyai simpanan 6 bulan gaji atau minimum 3 bulan. Hope the Best, Expect the Worse
Bisnes yang kita buat dari rumah pasti ada pasang surutnya. Ada kala untung adakala rugi. Tak seperti bekerja makan gaji yang mana setiap bulan akan terima gaji. Sediakan wang simpanan secukupnya supaya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kereta rosak, anak perlu duit dan sebagainya kita boleh gunakan duit tersebut. Tapi ingat, mestilah bayar balik duit tu..anggap saja macam bank sementara

3. INCOME KONSISTEN

Bisnes yang sedang anda lakukan memberikan income yang KONSISTEN selama 6 bulan
Sebelum decide untuk berhenti kerja, pastikan bisnes atau kerja part time yang anda buat memberikan income yang konsisten 6 bulan berturut-turut. Maksudnya bisnes ata kerja part time anda sudah stabil

4. HOME OFFICE

Lengkapkan keperluan Home Office seperti Laptop, Printer, Wifi dan sebagainya

Keperluan ini perlu disediakan sebelum berhenti kerja kerana pada awalnya pasti kita belum betul-betul stabil dan duit yang ada adalah untuk membesarkan modal bisnes dan juga untuk tambah stok. Sebaiknya, sediakan ketika kita masih bekerja

5. CIRCLE

Cari kawan yang juga WAHM. Mereka lebih memahami dan sentiasa berikan tip
dan moral support supaya kita terus bersemangat
Circle yang positive akan membuatkan kita lebih berdaya saing , semangat. Networking dengan kawan2 yang sealiran supaya kita dapat minta pendapat tentang masalah bisnes, peluang2 pamasaran yang baik, masalah uruskan keluarga. Ini penting supaya kita tidak rasa berseoranga bila berbisnes

 

Admin, Mentor Bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *