1. Jangan lari dari hutang jika mahu hidup tenang. Samada yang memberi hutang atau yang berhutang, dua2 pun stressHutang Perlu Di Urus dengan baik dan teratur

Bagaimana nak urus?

1. Mindset hutang perlu dibayar
Sentiasa niat dan berazam untuk langsaikan hutang. Doa minta Allah mudahkan untuk selesaikan hutang. Jangan buat2 lupa

2. Catat Semua Hutang
Jangan main lepas tangan bila dah berhutang. Orang yang beri hutang pulak rasa tebal muka nak mintak
Semua kene tulis dan plan bila nak kene bayar. Ikut jadual bayaran

3. Ubah Gaya Hidup
Ini perlukan pengorbanan. Ubah gaya hidup daripada suka makan diluar kepada masak sendiri dirumah. Keluar rumah je duit pun turut keluar, toll,petrol, parking dsb

Hentikan dulu niat nak pergi melancong
Ni buat yang memberi hutang bebulu bila tengok gaya hidup seperti orang kaya tapi hutang secoet lupa nak bayar

4. Mulakan Bisnes
Mula bisnes yg tak perlu modal atau sedikit modal utk tambah pendapatan. Menjual apa yang ada ditangan

Paling simple jadi Dropship dulu, jual nasi lemak hantar kedai berhampiran, ambil upah buat doorgift dan sebagainy yang penting modal bawah seratus

Jangan sesekali mulakan bisnes yg perlukan modal besar dan sehingga perlu berhutang. Tak perlu tunggu semua sempurna baru nak mula berniaga

Semoga hidup anda lebih tenang tanpa hutang

Tolong dengan share post ini supaya ramai kawan kita dapat uruskan hutang dengan betul

Admin, Mentor Bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *